Terma dan Syarat Ejen

Terma dan Syarat Ejen Buku Faham Faraidh


A. Etika Ejen

  1. Ejen hendaklah bertanggungjawab memberikan perkhidmatan yang terbaik
  2. Ejen mesti menyampaikan maklumat yang tepat mengikut kreativiti masing-masing
  3. Ejen dilarang melakukan pemasaran yang tidak mematuhi Syariah
  4. Ejen dilarang melakukan iklan yang berlebihan
  5. Ejen dilarang menyatakan kekurangan buku-buku faraidh yang lain
  6. Ejen hendaklah berinteraksi dengan pelanggan dengan penuh adab sopan
  7. Mulakan dengan ucapan salam dan akhiri dengan ucapan terima kasih

B. Pembelian Buku 

  1. Semua urusniaga adalah secara tunai / bank in / transfer sahaja. 
  2. Tiada pembelian secara hutang dan deposit
  3. Tiada penjualan secara consignment atau dropship. Hanya melalui ejen.
  4. Ejen boleh beli untuk sendiri atau dijual
  5. Kos penghantaran buku (jika ada) ditanggung oleh ejen.
  6. Pembelian tertakluk kepada stok buku yang masih ada.

C. Penghantaran buku
  1. Penghantaran melalui 3 cara iaitu pos, ambil atau COD
  2. Pos akan dihantar melalui perkhidmatan Pos Laju. Tempoh sampai sehari atau dua hari.
  3. Buku akan dipos pada hari Isnin dan Khamis sahaja.
  4. Ambil di pejabat Akademi Alif, Kota Damansara. 
  5. COD hanya di sekitar Kota Damansara dan Subang Bestari sahaja.
  6. Ambil dan COD dilakukan melalui cara temujanji.
  7. Ejen juga boleh mengambil buku di pejabat Akademi Alif, Kota Damansara.
  8. Pihak kami tidak akan bertanggungjawab terhadap buku yang hilang atau rosak semasa penghantaran oleh pihak Pos Laju.


D. Kos-kos berkaitan

Kos Buku
  1. Pakej B > RM 15 sebuah bagi pembelian 20 buah ke atas
  2. Pakej A > RM 20 sebuah bagi pembelian 10 -19 buah
Kos Penghantaran

Penghantaran buku menggunakan perkhidmatan Pos Laju. Caj penghantaran seperti berikut :
  1. 10 naskhah = RM 15 (semenanjung Malaysia) / RM 30 (Sabah dan Sarawak) 
  2. 20 naskhah = RM 25 (semenanjung Malaysia) / RM 60 (Sabah dan Sarawak) 

D. Pembayaran

Pembayaran hanya dibuat pada satu akaun bank sahaja iaitu :

Bank CIMB - 860 302 5716 ( Alif Abadi Enterprise)

Hantarkan bukti pembayaran melalui whatsapp ( https://wa.me/60187892252 )

E. Penjualan Buku

  1. Sebuah buku hendaklah dijual dengan harga RM 30 sahaja. Tidak kurang dan tidak lebih daripada harga tersebut.
  2. Tidak dibenarkan dijual dengan harga diskaun.
  3. Namun dibenarkan untuk menyerap kos penghantaran (penghantaran percuma) atau diberikan hadiah percuma atau jualan lebih daripada satu (seperti beli 3 dengan harga RM 80).


F. Pemasaran dan Pengiklanan
  1. Maklumat untuk pengiklanan boleh diambil di sini > Buku Faham Faraidh
  2. Ejen hendaklah menyatakan fakta yang signifikan dan tidak mengelirukan dan menipu.
  3. Ejen mesti menjauhi untuk membuat dakwaan dan jaminan yang palsu.
  4. Ejen dilarang membuat perbandingan dengan buku harta pusaka yang lain sama ada secara langsung atau tidak langsung.
  5. Ejen dilarang memberi harga diskaun. Harga tetap ialah RM 30 sahaja. Namun pemberian hadiah, kos penghantaran percuma dan diskaun belian lebih daripada tiga dibenarkan.
  6. Ejen dilarang menggunakan kata-kata atau tulisan yang mengelirukan dan tidak tepat.
  7. Ejen tidak dibenarkan menulis pujian yang berlebihan terhadap buku tersbut.
  8. Ejen hendaklah mempromosikan buku mengikut nilai-nilai Islam dan adat budaya ketimuran
  9. Ejen hendaklah mematuhi undang-undang negara pada semua aspek, ekonomi, perniagaan, sosial dan sebagainya.
  10. Ejen hendaklah bersaing dengan sihat dengan ejen-ejen yang lain.
  11. Ejen mestilah mengelak daripada mengeksploitasi kes-kes kematian atau apa-apa yang berkatian dengan harta pusaka bertujuan untuk melariskan jualan.
  12. Ejen haruslah menyampaikan iklan secara adil agar masyarakat sendiri membuat keputusan pembelian dengan sukarela.
  13. Ejen hendaklah tidak tertumpu kepada keuntungan semata-mata, namun bertanggungjawab  terhadap masyarakat untuk membangunkan dan membantu ekonomi masyarakat.

    Pendaftaran Ejen

    Sekiranya anda  bersetuju dengan terma dan syarat di atas, anda boleh mendaftar sebagai ejen dengan menghantar whatsapp 'Ejen'  ke ( https://wa.me/60187892252 ) 

    Terma dan syarat akan sentiasa dikemaskini agar dapat memberi perkhidmatan terbaik kepada ejen dan pelanggan. Terima kasih.

    Tarikh kemaskini ( 7 Disember 2019 )

    Comments

    Popular posts from this blog

    BENGKEL ONLINE AHLI WARIS NOV 2023 PERCUMA

    BENGKEL MUNASAKHAT GUNA EXCEL JULAI 2023

    BENGKEL ONLINE MUNASAKHAT GUNA EXCEL 24 DIS 22